this blog was owned by kechik from people of sahaja


KCHKgraphy

KCHKgraphy

Timbulnya idea membuat blog ini adalah dari inspirasi saya iaitu ATOKGRAPHY dan REDDIGGER.

Bagi penggemar seni fotografi bolehlah melayari laman blog mereka, ini boleh dijadikan sebagai penyuntik semangat penggemar-penggemar baru dunia pengimejan, kerana fotografi boleh dijadikan sebagai hobi yang bagus disamping memupuk minda yang kreatif mampu untuk menghasilkan satu gambar yang menarik. Bersama saya kechik menyelami kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan photographer.




sebagai seorang pelajar jurusan rekabentuk grafik, kamera adalah salah satu gadget utama dalam merekabentuk, dengan itu saya menjadikan kamera sebagai teman saya sepanjang hari. bermula dengan kamera handphone, saya menyiapkan tugasan yang diberi. bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian.

minat pada bidang fotografi ini adalah sejak di bangku sekolah lagi. saya meminati cara-cara mereka dan personaliti mereka yang ''style''.bila melanjutkan pelajaran, keinginan ingin memiliki membuak-buak apabila saya meyertai krew fotografi untuk kolej. Selepas diajar mengendalikan dslr oleh ATOKGRAPHY, boleylaa..DENGAN ITU saya membeli kamera brand nikon D3000. Satu-satunya kamera dslr yang pertama bagi saya.



putrajaya 2010/yongnuo YN460 220

ada yang berpandangan bahawa dengan hanya menggunakan kamera yang mahal sahaja mampu menghasilkan gambar yang menarik NAMUN BAGI SAYA kreativiti seseorang itu bukan terletak pada kamera yang dimilikinya tapi pada cara kita berfikir. Fikiran yang kreatif mampu menghasilkan gambar yang bukan sahaja menarik malah berkualiti...tapi ada juga kata ''tiada gambar seindah lukisan''...macam mane tue..???pikir laa sendiri...


kecantikan di dunia hanyalah untuk sementara, disebabkan sementara itulah yang membuatkan saya tidak mahu terlepas menikmati ciptaan Tuhan.kesempurnaan yang mengalir dari kelembutan hati, bukan hipokrit. Inilah yang dikatakan keindahan dalam pandangan.

model : Deary Sheera
venue : brunsfield Riverview
photographer : kechik
retoucher : kechik
kita mengikuti perkembangan teknologi. merentasi arus zaman serba canggih, disitulah terciptanya idea-idea yang melangkaui fikiran kita. diolah oleh mereka yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi, dan itulah yang sedang saya usahakan sekarang untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini



huh..kepenatan yang menghantui hidupku adalah suatu hobi yang membuatkan fikiranku sengal2 gak kekadang..bila kesengalan otak menguasai serta merasuk jiwa hingga ke akarnya..timbullah idea2 yang menjurus ke arah futurism..walaupown dadaism kekadang menolak ciri2 futurism serta lebih tertumpu ke arah anti-art..dalam kesengalan otakku pula berfikir wlaupown keganasan dadaism melampaui seni dunia namun surrealism yang hanya bersahaja cuma perlu berpuisi bagi menggambarkan suasana tersebut..dan itulah yang diconvertkn oleh saya melalui gambar ini..hahahahahahaha


bukannya reti sangat pown Kechik Sahaja mengedit gambar..haha ayatku tunggang terbalik..(baru fasih bahasa melayu..8 tahun duk india..hahah)tapi kita belajar melalui kesilapan dan kita bermula dari bawah..baru nak berjinak jinak dalam HDR TONING so gambar ini agak tidak menarik laa sekali pandang tapi saya tetap mencuba menghidupkan gambar ini dengan sebaik mungkin kerana HDR TONING bukan senang untuk dimahirkan. Salah satu kesan khas ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana dengan kesabaran yang berterusan SAHAJA mampu untuk menghasilkan kesan HDR yang baik.. : )


No posts.
No posts.